suria

Dakwaan Perbadanan Menteri Besar Dapat Semua Projek Satu Fitnah - Zambry

PARIT: Menteri Besar Perakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dakwaan pihak tertentu kononnya Perbadanan Menteri Besar mendapat semua projek yang diluluskan oleh Majlis Bandaraya Ipoh adalah satu fitnah.

Beliau menjelaskan kerajaan negeri mengaktifkan semula operasi Perbadanan Menteri Besar awal tahun ini sebagai entiti yang mewakili kerajaan dalam urus niaga dan hal yang berkaitan dengan kepentingan negeri.

Katanya Perbadanan itu telah diwujudkan kira-kira 40 tahun lalu di bawah enakmen khas sama seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) dan Perbadanan Pertanian Negeri Perak (SADC).

Kerajaan negeri telah memaklumkan untuk mengaktifkan semula Perbadanan Menteri Besar secara formal bermula awal tahun ini pada sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu, katanya.

"Bagi rakyat yang kurang arif, mungkin mereka akan percaya dan fikir begitu teruk sekali Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas program Klinik Dr Zambry di sini, Khamis.

Katanya Perbadanan Menteri Besar turut aktif di semua negeri seperti di Selangor dan Kelantan.

Menteri Besar berkata Aminuddin Hashim yang dahulunya Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR) kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif perbadanan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain