suria

Tindakan Keras SPAD Terhadap Ejen Pelancongan Haram Dipuji

PETALING JAYA: Tindakan keras ke atas ejen-ejen pelancongan tidak sah oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sepatutnya dilakukan lebih awal, kata Majlis Pemandu Pelancong Malaysia (MTGC).

Presiden MTGC, Jimmy Leong Wie Kong berkata, para operator sudah menjalankan perniagaan sejak begitu lama.

"Ramai pemandu pelancong berlesen kehilangan pendapatan harian mereka disebabkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada The Star, Selasa.

Menyifatkan tindakan keras SPAD itu merupakan satu tindakan keras berhubung kempen membanteras golongan berkenaan di negara ini, beliau berjanji untuk memberi sokongan kepada majlis itu bagi membantu suruhanjaya tersebut dalam menyediakan maklumat penting berhubung agensi haram.

Leong berkata, pemain industri pelancongan, termasuk MTGC itu berharap SPAD akan meneruskan usaha sehingga pengendali haram dihapuskan.

Pada minggu lepas, pegawai penguat kuasa SPAD, yang menyamar sebagai ahli perniagaan terkemuka, menahan tiga kumpulan asing yang mengendalikan lawatan dan perkhidmatan pelancongan haram di Lembah Klang.

Mereka yang bersalah itu dari negara-negara Asia Barat dengan mensasarkan rakyat negara-negara itu melalui pengedaran risalah mengenai perkhidmatan mereka di hotel dan restoran.

Artikel Lain