Polis Serbu Premis Hiburan Tanpa Lesen, 10 Orang Ditahan - Semasa | mStar

Polis Serbu Premis Hiburan Tanpa Lesen, 10 Orang Ditahan

GEORGE TOWN: Sebuah pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen di Komtar Walk, Jalan Ria di sini disita dalam operasi mencegah jenayah di sekitar bandar ini lewat malam Selasa.

Polis turut menahan enam lelaki dan empat wanita berumur antara 20 hingga 46 tahun, dan kesemua mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Superitendan Gan Kong Meng berkata, pusat hiburan yang dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lepas itu telah beberapa kali diserbu dan pemiliknya juga telah diberi amaran.

"Bekalan elektrik dan air ke premis itu dipotong berkuatkuasa serta merta," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Ops Cegah Jenayah Bersepadu yang bermula pada pukul 10 malam hingga 1 pagi.

Sementara itu, polis ingin mencari seorang lelaki berusia 50-an bagi membantu siasatan kes menikam peniaga ayam di Relau, Bayan Lepas Isnin lepas.

"Kami telah memanggil beberapa saksi dan polis percaya lebih daripada seorang terlibat dalam kes itu. Setakat ini seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun direman sehingga 30 Mac bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, Chong Hoon Huat, 40 cedera parah di perut dan bahu akibat ditikam ketika sedang menunggu untuk menaiki lif ke rumahnya di Alor Vista, Relau. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.