suria

Kementerian Tiada Masalah MCA Wujudkan Maktab Kemahiran - Khaled Nordin

JOHOR BARU: Kementerian Pengajian Tinggi tidak menyekat hasrat mana-mana pihak yang mahu menubuhkan institusi ilmu di negara ini, kata Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Dalam soal pendidikan, kerajaan begitu adil kerana sebahagian institusi pengajian tinggi swasta digerakkan oleh usahawan daripada kalangan bukan bumiputera," katanya kepada pemberita, di sini Ahad.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada Sabtu yang menyatakan parti itu berhasrat menubuhkan Maktab Teknik bagi membangunkan lebih banyak pekerja berkemahiran tinggi di negara ini.

Antara lain, Dr Chua dalam kenyataannya berkata sebuah jawatankuasa yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Vokasional MCA Tan Sri Dr Fong Chan Onn akan menyediakan kertas cadangan mengenainya yang dijangka siap akhir bulan ini.

Khaled sebelum itu menyampaikan sumbangan kepada keluarga kanak-kanak mangsa pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang dikenali dengan panggilan mesra Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini. - BERNAMA

Artikel Lain