suria

Polis KL Cari Saksi Rakyat Iran

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang wanita Iran untuk menjadi saksi utama bagi satu perbicaraan berhubung kes dadah mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya di Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Kuala Lumpur pada 5 hingga 9 Mac ini.

Menurut satu kenyataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Rabu, Sunaz Ahmadifard yang memegang pasport P11810271 diminta hadir ke mahkamah tersebut pada pukul 9 pagi bagi membantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Sentul.

Alamat terakhir wanita itu adalah di No 06-17, Gurney Height Condominium, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali Sunaz diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Yahya Salleh di talian 019-6207184 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-62562325 selepas waktu pejabat atau Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur 03-21159999 atau SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain