suria

Pelabur Skim Tanah Kanada Tuntut Pelaburan RM76.5 Juta

Theng (duduk, dua dari kanan) mempengerusikan sidang media pada Rabu mengenai tuntutan pelaburan yang dibuat oleh para pelabur Malaysia ke atas skim tanah di Kanada berjumlah RM76.5 juta.
Theng (duduk, dua dari kanan) mempengerusikan sidang media pada Rabu mengenai tuntutan pelaburan yang dibuat oleh para pelabur Malaysia ke atas skim tanah di Kanada berjumlah RM76.5 juta.
Theng (duduk, dua dari kanan) mempengerusikan sidang media pada Rabu mengenai tuntutan pelaburan yang dibuat oleh para pelabur Malaysia ke atas skim tanah di Kanada berjumlah RM76.5 juta.

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia dan Asia yang membuat pelaburan dalam skim tanah di Kanada kini berhadapan dengan masalah apabila syarikat pelaburan itu dibubarkan.

Menurut Chin Yoke Ling yang telah melabur sebanyak RM75,000, para pelabur dari Asia telah membuat pelaburan untuk membeli 12 bidang tanah di Alberta dari syarikat Edge-worth Properties Inc dari tahun 2007 sehingga 2011.

“Berdasarkan perjanjian jual beli, syarikat akan membeli semula tanah-tanah tersebut daripada kami dengan pulangan 60, 80 atau 100 peratus dalam tempoh dua hingga lima tahun,” kata Chin pada sidang media di Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Selangor pada Rabu.

Chin yang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Travers pada Isnin mendakwa syarikat berkenaan gagal untuk memindahkan hak milik kepada nama-nama pembeli seperti yang dipersetuji dalam perjanjian jual beli.

Dalam laporan polis yang dibuatnya, dia mendakwa Edgeworth telah mengambil gadai janji ke atas tanah-tanah berkenaan tanpa memaklumkan kepada para pelabur yang telah membayar ke atasnya,” kata Chin yang merupakan antara 60 orang yang mengadu kepada biro itu.

Para pelabur Malaysia dikatakan telah membayar untuk pelaburan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM76.5 juta kepada syarikat milik Kanada itu menerusi cawangannya di negara ini iaitu Edgeworth Properties (M) Sdn Bhd.

Ibu pejabat Edgeworth Properties Inc terletak di Ontario, Canada manakala pejabat cawangannya di Malaysia di Menara UOA, Bangsar yang ditutup pada Disember lalu.

Bekas pengurus cawangan negara Malaysianya, Lee Kim Haw berkata, Mahkamah Tinggi Kanada mengarahkan syarikat itu menutup semua cawangannya di Kanada dan Asia.

Beliau berkata, mahkamah itu turut menubuhkan semula guaman, syarikat guaman dan syarikat pemaju untuk meneliti perkara tersebut bagi memaksimumkan pemulihan dan penjimatan kos.

Lee yang meletak jawatan dari syarikat itu pada Jun tahun lepas berkata, mahkamah turut mengarahkan semua kepentingan para pelabur di Asia dilindungi.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam, Datuk Theng Book berkata, skim pelaburan seumpama itu diharamkan di Malaysia.

Beliau bagaimanapun berkata, Edgeworth Properties telah melantik sebuah firma guaman yang bereputasi untuk memproses dokumen-dokumen pelaburan tersebut.

Beliau menggesa para pelabur supaya membuat aduan kepada Bank Negara mengenai skim pelaburan itu dan juga kepada Majlis Peguam mengenai firma guaman Malaysia yang telah mewakili syarikat itu.

“Pengarah-pengarah syarikat itu juga perlu bertanggungjawab terhadap para pelabur di sini,” kata Theng.

Beliau menambah, biro itu akan membawa perkara berkenaan kepada Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim yang juga merupakan Timbalan Menteri Kewangan.

“Kami akan meminta Lim untuk menyelesaikan perkara itu dengan Bank Negara,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain