suria

TPM Lakukan Lawatan Kerja Ke Pahang Esok

KUANTAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Pahang, Khamis.

Beliau dijadual merasmikan acara perbarisan sambutan Hari Ulang Tahun ke-7 Maritim Malaysia di Pusat Latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di Gebeng dan menghadiri Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Pusat Rekreasi Air Balok.

Menurut kenyataan Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ainon Mohd, Muhyiddin dijadual tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada 8.15 pagi.

Beliau kemudiannya akan mengadakan perjumpaan khas tertutup dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya akan merasmikan program APMM sebelum menghadiri majlis jamuan rakyat.

Beliau juga dijadual mengadakan perjumpaan khas dengan para pemimpin Barisan Nasional negeri di Kompleks Yayasan Pahang pada sebelah petang sebelum berlepas pulang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain