suria

Pelancong China Ke Malaysia Akan Meningkat Dengan Proses Kemasukan Lebih Mudah

Oleh CHOW HOW BAN & JOSEPH KAOS Jr BEIJING: Pelawat Cina akan dapat memasuki Malaysia dengan lebih cepat dan syarat lebih longgar dengan proses permohonan visa yang lebih mudah - satu langkah yang akan meningkatkan bilangan kemasukan dan membawa masuk lebih ramai pelancong.

Dengan nilai sebanyak RM3.1 bilion yang dibawa masuk ke Malaysia pada tahun lepas, pelancong Cina dijangka mampu memberi pulangan pendapatan pelancongan yang lebih pada tahun 2012 dan melebihi jumlah kemasukan yang mencecah 1.4 juta tahun lepas.

Dengan pelantikan sebuah syarikat usahasama untuk memproses permohonan visa di China, para pelancong tidak lagi perlu untuk pergi ke perwakilan Malaysia di republik itu untuk urusan dokumen perjalanan memandangkan kemasukan telah meningkat sebanyak 40 peratus.

Sementara pusat permohonan visa sehenti mula beroperasi pada bulan April, hanya permohonan visa dari pelancong berkumpulan yang akan diproses.

Pada masa sekarang, kemudahan itu dibuka kepada pelancong individu.

Artikel Lain