suria

Pengusaha Ladang Mati Ditembak

TEMERLOH: Seorang pengusaha ladang sawit mati ditembak di ladangnya di kampung Pomeh, dekat Lanchang tengah hari Rabu, menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Superitendan Mohd Noor Mansur.

Beliau berkata, mangsa Lee Yam Seng, 56, mati di tempat kejadian selepas terkena empat das tembakan di bahagian rusuk kiri dalam kejadian itu pada pukul 12.40 tengah hari.

Ketika kejadian mangsa bersama-sama adik ipar lelakinya sedang memasang alat generator dan pendawaian elektrik di bangunan rumah burung walitnya di ladang tersebut.

"Tiba tiba muncul seorang lelaki lalu melepaskan tembakan sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Mohd Noor berkata, polis masih menyiasat motif kejadian berkenaan dan jenis senjata yang digunakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes berkenaan diminta membantu siasatan polis," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain