Mayat Wanita Separuh Bogel Ditemui Dengan Kesan Tikaman - Semasa | mStar

Mayat Wanita Separuh Bogel Ditemui Dengan Kesan Tikaman

GEORGETOWN: Polis menemui mayat seorang wanita warga Indonesia, dipercayai dibunuh, di sebuah rumah dua tingkat di Halaman Ariffin, Jalan Burmah pada Jumaat. Mangsa, Rosni Kholijah, 39, dijumpai polis dalam keadaan separuh bogel dengan enam kesan tikaman pada leher dan badannya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superitendan Mohd Nasir Salleh berkata, polis menemui mangsa dalam keadaan terperosok di sebelah katil di bilik yang terletak di tingkat bawah rumah terbabit selepas mendapat maklumat daripada orang awam lewat petang Jumaat.

"Mangsa dipercayai dirompak sebelum dibunuh kerana rantai dan gelang yang dipakainya gagal ditemui," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar, Sabtu.

Sebilah pisau dapur turut ditemui berhampiran mangsa, dipercayai digunakan sebagai senjata.

Mohd Nasir berkata, polis kini mencari teman lelaki dan rakan mangsa bagi membantu siasatan.

"Kami juga akan memanggil tuan rumah itu untuk membantu dalam siasatan. Kita mahu tahu berapa ramai orang yang tinggal di rumah ini," katanya.

Beliau berkata, bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia lebih dari 12 jam semasa ditemui dan polis masih menyiasat motif pembunuhan.

Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat dalam kes ini menghubungi balai polis berdekatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Mayat Mangsa Lemas Di Baling Diitemui

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Rotavirus: Dua Bayi Maut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain