suria

Imigresen Melaka Tahan Tujuh Warga Asing Di Pasar Borong Batu Berendam

MELAKA: Jabatan Imigresen Melaka menahan tujuh pendatang tanpa izin dalam satu operasi di Pasar Borong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Batu Berendam, di sini awal pagi Khamis.

Pengarahnya Kamalludin Ismail berkata mereka terdiri daripada lima lelaki warga Bangladesh dan dua rakyat Nepal berusia antara 20 dan 45 tahun.

Kesemua mereka ditangkap kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata dalam operasi 4.30 pagi itu, seramai 71 warga asing diperiksa.

"Ketika pemeriksaan dilakukan kesemua warga asing tersebut sedang sibuk bekerja dan melayan pelanggan namun mereka kemudiannya bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran pegawai imigresen," katanya.

Kamalludin berkata serbuan dilakukan susulan aduan orang ramai mengenai kehadiran ramai warga asing di kawasan tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain