suria

KTMB Tawar 75, 523 Tiket Sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan 75,523 tiket mulai Rabu hingga 31 Jan bagi perjalanan ke semua destinasi perkhidmatan KTM Intercity sempena Tahun Baru Cina.

Ini termasuk 39,109 tiket yang disediakan bagi perjalanan sebelum perayaan iaitu pada Rabu (18 Jan) hingga Ahad (22 Jan) tetapi sebanyak 29,274 telah dijual dengan baki tiket kini sebanyak 19,389.

Bagi 23 hingga 31 Jan, sebanyak 36,414 keping tiket disediakan dengan jumlah telah dijual sebanyak 17,025 manakala bakinya sebanyak 19,389.

"Kebanyakan tiket KTM Intercity untuk pelbagai sektor habis dijual di antara tarikh 19 hingga 23 Jan," kata KTMB dalam kenyataan di sini, Isnin.

Sementara itu, terdapat 30,737 tiket bagi perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk perjalanan dari Seremban, Kuala Lumpur dan Ipoh mulai Khamis ini hingga 25 Jan depan.

Penumpang dinasihatkan berada di stesen 30 minit sebelum pelepasan.

Orang ramai boleh menghubungi KTMB di talian 1-300-88-5862 untuk maklumat lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain