Remaja Perempuan Mengaku Salah Sebabkan Kematian Bayinya - Semasa | mStar

Remaja Perempuan Mengaku Salah Sebabkan Kematian Bayinya

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini, Khamis terhadap pertuduhan menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya itu, hampir dua tahun lalu.

Remaja berkenaan, yang berumur 17 tahun ketika kejadian, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap bayinya mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 30 Januari ini untuk menjatuhkan hukum sementara menunggu laporan akhlak selepas pengakuannya dibuat di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin. Dengan diiringi anggota keluarganya, remaja itu, yang kini berumur 19 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara jam 3.30 pagi hingga 7.15 pagi, pada 30 Oktober 2010.

Dia yang tidak diwakili peguam, dilihat menangis sepanjang prosiding itu.

Timbalan Pendakwa Raya S. Arunjothy tidak menawarkan sebarang jaminan kerana berpendapat kes itu serius di mana remaja berkenaan telah menyebabkan kematian bayinya yang baru dilahirkan.

Bagaimanapun, beliau menyerah kepada budi bicara mahkamah untuk membenarkan jaminan.

Hakim Maziah kemudian membenarkan remaja itu diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin namun dia gagal membayar jaminan itu dan dihantar ke Penjara Kajang. - BERNAMA SYJ NAK DC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain