Pembangkang Bakal Lancar 4 Tawaran Tambahan - Semasa | mStar

Pembangkang Bakal Lancar 4 Tawaran Tambahan

PETALING JAYA: Pembangkang akan melancarkan empat tawaran tambahan kepada rakyat sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang menerusi 'Kertas Jingga' yang akan dibentangkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Kedah Sabtu ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tawaran tambahan kepada Buku Jingga yang menjadi asas manifesto pembangkang itu berupaya mewujudkan suasana yang lebih adil serta memberi ruang kepada rakyat Malaysia berkongsi kekayaan dan dan sumber negara.

"Kita akan terus tawarkan dasar-dasar yang seimbang kepada rakyat terutama dalam menangani krisis ekonomi selaras dengan tema konvensyen iaitu Bersihkan Malaysia.

"Kita yakin kalau Pakatan Rakyat memerintah, kita mahu bersihkan negara dan lakukan perkongsian dengan seluruh rakyat dan membentuk kearah Malaysia baru," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pakatan Rakyat di sini, Rabu.

Menurut Dzulkefly, empat bidang utama yang akan dibentangkan menerusi Kertas Jingga itu ialah mengenai kaedah menangani isu perkhidmatan awam termasuk opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

"Keduanya kita akan membentangkan mengenai pengertian sebenar federalism terutama dalam pentadbiran kerajaan Persekutusan dan negeri.

"Perkara ketiga ialah berkaitan aspek ekonomi iaitu amalan monopoli yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Kita dapat lihat kos sara hidup rakyat meningkat ekoran usrus takbir secara monopoli, oligopoli dan kartel," katanya.

Selain itu Dzulkefli berkata perkara keempat yang menjadi fokus Kertas Jingga ialah membabitkan isu Felda termasuk Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Artikel Sebelum

PAS Terbuka Jika Hasan Rayu - Mahfuz

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain