suria

Tiga Letupan Mercun Yang Disangka "Bom" Cemaskan Orang Ramai

CEDERA... Seorang lelaki dalam kesakitan diberikan rawatan selepas dipercayai terkena bahan serpihan selepas berlakunya letupan di perkarangan Mahkamah Tinggi di Jalan Duta. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dalam lingkungan 40-an cedera dalam satu insiden letupan yang dipercayai mercun di kawasan letak motosikal berhampiran pencawang elektrik TNB behampiran dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, Isnin sejurus selepas selesainya kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas letupan itu satu lagi bunyi letupan berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi.

Lelaki yang cedera itu dipercayai seorang peniaga minuman di kompleks kerajaan di sini.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di perut dan tangan.

Mercun itu dipercayai diletakkan di bawah kon polis di tepi jalan utama.

Sementara itu, letupan pertama yang berlaku pada pukul 10.15 pagi turut menyebabkan seorang peguam cedera.

Letupan ketiga pula berlaku pada pukul 10.55 pagi tetapi lokasinya tidak dapat dikenalpasti.

Para penyokong dan petugas media diarahkan meninggalkan kawasan berkenaan bagi membolehkan pihak polis menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.

Artikel Lain