Pendakwa Tak Perlu Rayu, Anwar Akan Jadi PM Tak Lama Lagi - Karpal - Semasa | mStar

Pendakwa Tak Perlu Rayu, Anwar Akan Jadi PM Tak Lama Lagi - Karpal

Karpal Singh
Karpal Singh

KUALA LUMPUR: Ketua pihak pembelaan, Karpal Singh berharap pihak pendakwa tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada pertuduhan kes liwat kerana tiada asas yang kukuh.

Dalam pada itu Karpal yang juga Penasihat DAP berkata, keputusan berkenaan merupakan petunjuk kepada masa depan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah petunjuk kepada apa yang akan berlaku nanti terutamanya dalam pilihan raya.

"Anwar akan jadi Perdana Menteri seterusnya dan kita akan berada di Putrajaya sedikit masa lagi," kata Karpal.

Menurut beliau, pada dasarnya kes berkenaan bukan merupakan tuduhan yang jelas apabila pendakwa gagal mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.

"Keputusan ini telah kita jangkakan, kerana pada peringkat awal lagi beliau tidak sepatutnya didakwa. Bukti Saiful telahpun ditolah oleh mahkamah.

"Saya harap Peguam Negara tidak memfailkan rayuan kerana ini bukan kes yang sempurna untuk dirayu.

"Keputusan itu sepatutnya dibiarkan begitu sahaja," katanya kepada para pemberita selepas selesainya kes perbicaraan Anwar tadi.

Mahkamah telah pun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bahan bukti, tidak terusik.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain