KPDNKK P.Pinang Rampas Diesel Dan Petrol Subsidi Bernilai RM110,000 - Semasa | mStar

KPDNKK P.Pinang Rampas Diesel Dan Petrol Subsidi Bernilai RM110,000

NIBONG TEBAL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang menyerbu sebuah gudang dan merampas 40,000 liter diesel dan 14,650 liter petrol bersubsidi bernilai RM110,000 dalam satu operasi di Simpang Ampat Tasek, dekat sini awal pagi Khamis.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Seberang Perai Tengah Mohd Zainal Yeop Dahari berkata pihaknya menjalankan risikan dan intipan sejak petang semalam sebelum menyerbu gudang berkenaan pada pukul 4.30 pagi ini.

"Intipan dijalankan sejak petang semalam selepas anggota penguat kuasa kita yang melakukan risikan berada curiga dengan pengerakan beberapa buah lori tangki yang masuk dan keluar ke gudang berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata semasa serbuan dilakukan terdapat beberapa lelaki yang dipercayai anggota sindiket jual beli diesel dan petrol subsidi di dalam gudang berkenaan, bagaimanapun mereka berjaya melarikan diri.

Katanya pemeriksaan mendapati gudang berkenaan menempatkan beberapa tangki statik untuk menyimpan diesel selain sebuah lori tangki penuh dengan petrol.

"Siasatan awal mendapati gudang itu beroperasi sejak dua bulan lepas dan ia dipagar dengan zink agar kelihatan seperti sebuah kilang untuk perusahaan kecil dan sederhana (IKS) bagi mengelirukan pihak berkuasa," katanya.

Mohd Zainal berkata dalam serbuan itu pihaknya merampas sebanyak 40,000 liter diesel yang disembunyikan dalam tangki statik dan sebuah lori tangki mengandungi 14,650 liter petrol, kesemuanya bernilai RM110,000.

Katanya hasil pemeriksaan mendapati gudang berkenaan tidak mempunyai lesen menyimpan diesel dan petrol, pihaknya kini sedang giat mengesan pemilik gudang dan mereka yang terlibat dengan aktiviti haram berkenaan.

"Kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.