Imigresen Johor Tahan 36 GRO Rakyat Thailand - Semasa | mStar

Imigresen Johor Tahan 36 GRO Rakyat Thailand

JOHOR BAHARU: Jabatan Imigresen Johor menahan 36 wanita rakyat Thailand dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Abdullah Tahir, di sini, awal pagi Selasa.

Timbalan Penolong Pengarah II Jabatan Imigresen Johor, Amzari Abdul Jalil berkata turut ditahan seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun yang dipercayai penjaga premis berkenaan dalam serbuan pada pukul 1 pagi itu.

"Ada di antara wanita itu cuba meloloskan diri dengan menggunakan pintu rahsia, bagaimanapun, mereka gagal kerana semua pintu keluar sudah dikepung pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Amzari berkata kesemua wanita berusia 21 hingga 34 tahun itu yang bekerja tanpa dokumen sah dihantar ke Depoh Tahanan Pekan Nenas, Pontian, untuk tindakan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain