Hanya 10 Peratus PATI Berdaftar Untuk Program Pemutihan 6P Setakat Ini - Semasa | mStar

Hanya 10 Peratus PATI Berdaftar Untuk Program Pemutihan 6P Setakat Ini

PUTRAJAYA: Hanya 120,000 orang atau kira-kira 10 peratus daripada 1.3 juta pekerja asing tanpa izin (PATI) di negara ini didaftar di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) setakat ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata ini bermakna kira-kira 1.2 juta PATI lagi perlu didaftarkan sebelum program itu tamat pada 10 Jan ini.

Bagaimanapun, Mahmood berkata ia bukan sesuatu yang mustahil memandangkan hanya majikan mereka yang perlu hadir untuk melaksanakan proses itu.

"Kalau katakan majikan dalam 200,000 dibahagikan dengan baki kira-kira 10 hari, menjadikan lebih kurang 20,000 majikan yang perlu didaftar setiap hari, dan dengan adanya tujuh cawangan pusat setempat (OSC) akan beroperasi 24 jam, ia boleh diselesaikan, insya-Allah," katanya kepada pemberita di sini harKhamis.

Mengulas kesesakan di kaunter Imigresen sejak semalam, beliau berkata perkara itu mungkin disebabkan tarikh akhir permohonan yang kian hampir selain pembukaan semula 10 sektor luar dasar dan 11 subsektor perkhidmatan yang sebelum ini dibekukan.

Mahmood menasihatkan majikan agar tidak panik dan bimbang kerana empat lagi OSC akan dibuka iaitu di Dewan Balora Perdana, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Presint 2 dan Pejabat Imigresen (Cawangan Pasport) di Presint 15 di sini, serta di kompleks kementerian Jalan Duta dan Pejabat Imigresen cawangan Pelabuhan Klang.

Ia merupakan tambahan kepada tiga OSC sedia ada dan semua pusat tersebut akan beroperasi 24 jam mulai Khamis sehingga 10 Jan.

Beliau berkata tidak ada sebarang pertimbangan dibuat setakat ini untuk melanjutkan tempoh pemutihan selepas program 6P dilaksanakan sejak 10 Okt lalu kerana ia membabitkan implikasi undang-undang.

Mahmood berkata program itu perlu dipanjangkan kepada Peguam Negara dan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing/Pendatang Tanpa Izin terlebih dahulu jika mahu dilanjutkan.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian bekerjasama dengan kedutaan berkaitan bagi mempercepatkan pemprosesan dokumen berkenaan seperti Kedutaan Indonesia, Bangladesh, Nepal dan India. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain