Lelaki Maut Diserang Tiga Lelaki Bertopeng Bersenjatakan Parang - Semasa | mStar

Lelaki Maut Diserang Tiga Lelaki Bertopeng Bersenjatakan Parang

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki maut selepas diserang tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang di sebuah restoran di Taman Puteri Wangsa, di sini, awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Samad Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika lelaki berumur 40-an itu sedang minum berseorangan di restoran berkenaan.

"Menurut saksi, ketiga-ketiga lelaki terbabit memakai topeng. Kejadian berlaku dengan pantas dan mangsa yang merupakan rakyat tempatan mati di tempat kejadian akibat cedera parah ditetak di beberapa anggota badan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Samad berkata polis sedang mengenal pasti motif kejadian dan memburu ketiga-tiga lelaki terbabit.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain