Maidam Bincang Tindakan Terhadap Masjid Adakan Dua Solat Jumaat Esok - Semasa | mStar

Maidam Bincang Tindakan Terhadap Masjid Adakan Dua Solat Jumaat Esok

KUALA TERENGGANU: Isu dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa masjid di negeri ini akan dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) esok.

Yang Dipertua Maidam Datuk Mazlan Hashim berkata keputusan mesyuarat itu akan dipersembahkan kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Esok baru tahu apa tindakan selanjutnya yang perlu diambil terhadap masjid-masjid berkenaan," katanya pada sidang media, di sini Rabu.

Beliau berkata mesyuarat itu akan disertai pegawai tinggi kerajaan negeri Terengganu termasuk setiausaha kerajaan negeri, penasihat undang-undang, pegawai kewangan, mufti, ketua polis negeri dan pengelola istana.

Sultan Mizan ketika merasmikan pembukaan Masjid Sultan Ismail di Chendering dekat sini baru-baru ini, melahirkan rasa dukacita kerana kejadian solat dua Jumaat dalam satu kariah masih berlaku di Terengganu.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) terdapat 11 masjid yang kebanyakannya di Besut dan Marang masih melakukan perbuatan itu walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menghentikannya.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata masih terlalu awal bagi pihaknya memanggil pihak terbabit bagi memberi penjelasan.

"Selepas ini (esok) kita akan keluar laporan sejauh mana tindakan yang sudah diambil terhadap masjid-masjid berkenaan sebelum ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain