suria

Kementerian Pelancongan Kenal Pasti 'Laluan Kembara Sikal'

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan sedang mengenal pasti 'laluan kembara sikal' bermula dari Johor Baharu ke ibu negara, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pada Rabu.

Beliau berkata dari Johor Baharu laluan itu akan membawa penunggang ke Mersing, kemudian ke Rompin, Pekan dan Kuantan di Pahang, dan meneruskan destinasi ke Terengganu dan Kelantan, dan kembali ke Temerloh, melalui Karak dan berakhir di Kuala Lumpur.

"Ini adalah salah satu program pelancongan hijau yang dipromosikan di bawah kalendar Kementerian Pelancongan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan forum 'All I Want is an EcoGreen X'mas' di sini.

Forum itu dianjurkan oleh Malaysia Youth 4 EcoGreen Initiative (MY4Eco) dan bertujuan memberi motivasi dan melibatkan belia dalam pergerakan 'hijau' dan membawa kepada 'revolusi hijau'.

EcoGreen, adalah satu jenama baru pergerakan hijau platform bagi generasi muda memenangi isu-isu berkaitan hijau.

Beliau berharap forum itu dapat membangkitkan kesedaran tentang keperluan memelihara alam sekitar, sambil menambah ini akan dapat membantu mempromosikan negara sebagai kawasan hijau dengan memiliki banyak tempat yang menarik seperti pantai, taman marin, pulau dan hutan tropika. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain