suria

Guan Eng Berjaya Dalam Saman Fitnah Terhadap Utusan Malaysia

PETALING JAYA: Sebuah surat khabar arus perdana, Utusan Malaysia diarahkan untuk membayar pampasan sebanyak RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng setelah disabitkan bersalah memfitnah.

Selain itu, MalaysiaKini melaporkan, akhbar tersebut juga diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk membayar kos sebanyak RM25,000 kepada Lim.

Keputusan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk GV Varughese pada Rabu, yang dilaporkan turut menggariskan tujuh perenggan yang didakwa mempunyai perkataan memfitnah.

Utusan sebelum ini disaman kerana artikel bertajuk ‘Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember lalu yang didakwa memfitnah Setiausaha Agung DAP itu sebagai seorang yang ‘rasis’ dan ‘anti Melayu’.

Kenyataan yang didakwa memfitnah itu didakwa diterbitkan sehari selepas Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan pada 19 Disember lalu.

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditahan Serang Doktor

Artikel Berikut

Artikel Lain