suria

Boo Chang Serah Borang Sertai Gerakan

GEORGE TOWN: Selepas mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), bekas ketua cabang Bukit Gelugor parti itu, Lim Boo Chang pada Khamis, menyerahkan borang bagi menyertai parti Gerakan.

Dua rakan beliau, bekas anggota PKR Pulau Pinang Abdul Wahab Kader Maidin dan Ameer Kamsiah turut menghantar borang bagi menyertai Gerakan.

Bercakap kepada pemberita selepas menghantar borang itu di Ibu Pejabat Gerakan di sini, Lim berkata beliau memilih Gerakan untuk membantu parti itu memperkukuhkan kembali kedudukannya di Pulau Pinang memandangkan parti itu kalah semua kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya umum lepas.

"Gerakan sebuah parti berbilang kaum yang ideologi dan prinsipnya boleh diterima oleh semua orang," katanya.

Lim semalam juga mengumumkan beliau melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang dilantik menerusi PKR. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditahan Serang Doktor

Artikel Berikut

Artikel Lain