Warga Malaysia Belanja Purata RM46 Sebulan Bagi Internet Mudah Alih - Semasa | mStar

Warga Malaysia Belanja Purata RM46 Sebulan Bagi Internet Mudah Alih

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia membelanjakan purata AS$15 (RM46) sebulan bagi Internet mudah alih, satu segmen yang telah berkembang lebih daripada sekali ganda sejak tahun lepas dengan pertumbuhan dijana terutamanya oleh pengguna dalam golongan usia 15-25 tahun.

Empat kegiatan utama berkaitan mudah alih yang paling digemari oleh rakyat Malaysia ialah menghantar emel, mengakses laman perangkaian sosial, memuat turun nada dering dan menghantar mesej segera, demikian menurut kaji selidik tahunan Indeks Net 2011 Yahoo! pada Jumaat.

"Penggunaan telefon bimbit yang ada ciri pintar dan pelan data termampu, ciri-ciri canggih seperti fungsi panggilan dan teks, capaian kepada laman web mudah alih dan ciri-ciri multimedia memang lumrah di kalangan rakyat Malaysia," kata kaji selidik itu.

DiGi adalah penyedia perkhidmatan telefon pintar dan mudah alih paling terkemuka di Malaysia dan menguasai 47 peratus pasaran, diikuti oleh Maxis (32 peratus dan Celcom (lapan peratus).

Ia juga berkata berbanding negara-negara Asia Tenggara lain, rakyat Malaysia cenderung memiliki telefon bimbit mahal termasuk telefon pintar.

Menurut tinjauan itu lebih daripada 60 peratus pengguna mudah alih di negara ini memiliki telefon bimbit bernilai US$100 (RM312) dan hampir seperempat memiliki telefon bimbit yang berharga lebih daripada US$300 (RM937) berbanding telefon berciri harga rendah yang digunakan dengan meluas di Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Berbeza dengan pasaran Asia Tenggara laindi mana Nokia merupakan pengeluar dominan, Malaysia adalah satu-satunya pasaran yang didominasi oleh Sony Ericsson dengan penguasaan pasaran sebanyak 39 peratus, diikuti oleh Nokia (26 peratus) serta Blackberry dan Apple (masing-masing enam peratus). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tony Fernandes Nafi Tinggalkan AirAsia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini