Malaysia Mahu Pertikaian Di Laut China Selatan Diselesaikan Dengan Adil - Semasa | mStar

Malaysia Mahu Pertikaian Di Laut China Selatan Diselesaikan Dengan Adil

LANGKAWI: Malaysia menganggap pertelingkahan yang timbul di Laut China Selatan sebagai sesuatu yang perlu diselesaikan dengan saksama dan adil berdasarkan kepada prinsip perundangan antarabangsa.

Menurut satu kenyataan Kementerian Pertahanan, Malaysia menganggap persetujuan China dan penyertaan negara itu dalam melaksanakan Deklarasi Tata Pengendalian (DOC) Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan sebagai satu sumbangan penting ke arah penyelesaian pertikaian berkenaan dan ini seharusnya mewujudkan situasi yang menguntungkan kedua-dua pihak Asean dan China.

"Kita seharusnya bekerja ke arah memperkukuhkan mekanisme dan kerangka bagi penyelesaian masalah secara damai untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini," menurut kenyataan itu.

Komitmen China untuk mengendalikan satu bengkel mengenai kebebasan dan keselamatan pengemudian di Haikou minggu depan adalah sebahagian daripada mekanisme bagi melaksanakan DOC, jelas kenyataan itu. Kementerian Pertahanan berkata sejajar dengan perkembangan berkenaan, kemungkinannya adalah tidak perlu bagi kuasa di luar rantau ini untuk terlibat dalam pertikaian di Laut China Selatan memandangkan Asean dan China mempunyai mekanisme tersendiri bagi bersama-sama menangani isu-isu berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan pada Persidangan Panglima-Panglima Udara yang diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11), di sini.

Tema persidangan itu ialah "Keseimbangan di Laut China Selatan: Perspektif Udara dan Angkasa". - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain