Kementerian Pertahanan Lanjut Kontrak Dengan MAS - Semasa | mStar

Kementerian Pertahanan Lanjut Kontrak Dengan MAS

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Khamis mengumumkan pelanjutan kontrak Malaysia Airlines (MAS) untuk mengangkut anggota tentera Malaysia yang menyertai kontinjen Malcom di bawah misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (Malcom-Unifil) mulai 2012 hingga 2014.

Surat hasrat itu diserahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ismail Ahmad kepada Ketua Bahagian Haji dan Sewa Malaysia Airlines, Hisham Haron, disaksikan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi kontrak itu, MAS akan mengangkut dua pasukan seramao 5,430 anggota pengaman, masing-masing pada Julai dan Oktober 2012 hingga 2014, antara Kuala Lumpur dan Beirut.

MAS sudah membentuk unit khas bagi memastikan semua aspek pergerakan MALCON-UNIFIL diurus dengan cekap.

Pada majlis yang berlangsung sempena Pameran Maritim Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2011) itu, MAS turut menandatangani perjanjian dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyediakan sokongan logistik darat untuk anggota ATM dan keluarga yang terbang menggunakan penerbangan berjadual MAS antara Kuala Lumpur dan Sabah dan Sarawak serta Labuan.

Bahagian Haji dan Sewa MAS menandatangani perjanjian Operasi MALCON-UNIFIL pada Januari 2007.

Sebagai kontraktor udara PBB, bahagian Haji dan Sewa MAS juga menjalankan beberapa operasi untuk Pasukan Polis Diraja Malaysia dan Polis Filipina dalam misi pengaman PBB di Timor Leste (UNMIT & UNIPOL) selain misi UNIFIL Indonesia ke Lebanon. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Dilancar Hari Ini

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain