suria

PRU-13: Najib Jumpa Pemimpin Komponen BN

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menemui pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan perjumpaan dipercayai berkaitan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, di sini, Selasa.

Beberapa isu berkaitan pilihan raya yang akan datang seperti isu calon dan peruntukan kerusi dipercayai akan dibincangkan.

Pertemuan kira-kira dua jam di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini, dipercayai adalah antara siri pertemuan yang diadakan BN, ketika ramalan bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Antara pemimpin yang kelihatan memasuki kediaman rasmi Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor Bernama Online.

Selain itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M.Kayveas.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk v.K Liew; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing; Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tungku Adnan Mansor.

Artikel Berikut

Artikel Lain