suria

Pemandu Dan Kelindan Treler Maut Dalam Kemalangan

IPOH: Seorang pemandu treler dan kelindannya terbunuh apabila kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km30 Jalan Teluk Intan-Sitiawan awal pagi Khamis.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 3.15 pagi itu ialah M. Chanthiran, 42, dan V. Jedeswaran, 25, yang kedua-duanya berasal dari Kampung Pinang, Kamunting.

Mereka meninggal di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Changkat Melintang.

Abdullah berkata kejadian berlaku apabila treler yang dipandu M. Chanthiran itu terlanggar sebuah lori yang keluar dari satu simpang menyebabkan treler itu terbabas dan terbalik serta menghempap kedua-dua mangsa.

Treler yng membawa gelung besi itu dalam perjalanan dari Sitiawan menuju Teluk Intan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain