suria

Pengurusan Trafik Sementara Di Lebuh Raya Shah Alam

KUALA LUMPUR: KESAS Sdn Bhd akan melaksanakan satu skim pengurusan trafik sementara dari KM39 hingga KM40 bagi kedua-dua hala di lokasi antara persimpangan Kewajipan hingga Subang Mewah di Lebuh Raya Shah Alam (LSA).

Menurut kenyataan KESAS pada Selasa, pengurusan trafik ini akan dilaksanakan bermula esok sehingga sehingga 27 Mac 2012.

Pengurusan trafik ini melibatkan penutupan lorong kecemasan dan lencongan lorong motosikal di kedua-dua arah lebuh raya. Pelaksanaan ini adalah bagi memberi ruang kepada projek pembinaan jejambat Sunway South Quay yang kini sedang giat dilaksanakan yang menghubungi Lebuhraya Shah Alam.

Pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan pembinaan.

Sebarang pertanyaaan, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan KESAS di talian 03-56337188 atau layari laman sesawang di www.kesas.com.my - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain