suria

Bayi Dalam Tong Sampah, Wanita Vietnam Ditahan

SEREMBAN: Seorang wanita Vietnam telah ditahan ekoran penemuan seorang bayi lelaki di dalam tong sampah di Flat Taman Desa Jati, Nilai dekat sini pada Ahad.

Wanita berkenaan yang berumur 24 tahun dipercayai merupakan ibu kepada bayi seberat 2.5 kg itu yang ketika ditemui masih bertali pusat dan dibalut dengan pakaian seragam pekerja sebuah kilang.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azli Kamaruddin, bayi tersebut ditemui kira-kira pukul 7.30 malam oleh orang awam yang melalui jalan di situ yang kemudian membuat melaporkan kepada polis.

Bayi itu telah ditempatkan di Hospital Tuanku Jaafar. BERNAMA

Artikel Lain