suria

Pengguna DUKE Dapat Diskaun 10 Peratus Sempena Aidiladha

KUALA LUMPUR: Pemegang hak konsesi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) memberikan diskaun 10 peratus kepada semua kelas kenderaan mulai pukul 11.59 malam esok hingga 12 tengah malam Ahad, sempena Hari Raya Aidiladha.

Pengurus Besar (Operasi) Duke, Ong Chee Keong dalam satu kenyataan hari ini berkata diskaun itu diberikan sebagai satu daripada tanggungjawab khidmat korporat syarikat itu kepada semua pengguna Lebuhraya Duke, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Lebuh raya itu dikendalikan Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (Kesturi). - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain