suria

Bawa Pisau Di Tempat Awam, Penganggur Dipenjara Empat Bulan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berumur 50 tahun dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Jumaat kerana membawa sebilah pisau di tempat awam, dua bulan lepas.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu ke atas Pham Thanh Hen selepas dia mengaku salah memiliki pisau itu di Lorong Haji Taib 2, Dang Wangi, di sini pada kira-kira 1.35 tengah hari, 6 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan.

Pham, yang menganggur, bagaimanapun terlepas hukuman sebatan kerana sudah berusia.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Abu Hassan Ramli manakala Pham tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain