suria

Dua Ditangkap Ketika Pecah Rumah

KAJANG: Dua lelaki menerima padah apabila ditangkap ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Sri Jenaris, di sini Khamis.

Ketua Polis Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata suspek yang masing-masing berusia 24 tahun itu ditahan dua anggota polis yang sedang melakukan rondaan dengan motosikal di kawasan berkenaan.

"Ketika meronda kawasan itu pada pukul 4.30 pagi, mereka terdengar orang menjerit dan terus ke tempat berkenaan. Mereka mendapati dua lelaki cuba memecah masuk sebuah rumah dan terus menahan kedua-duanya.

"Dua anggota polis itu mengalami cedera ringan kerana bergelut dengan suspek," kata Abdul Rashid kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata polis menjumpai parang, pemutar skru, sarung tangan serta sebuah beg komputer riba di tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Lain