Cubaan Samun Ahli Perniagaan, Polis Tahan Tiga Suspek - Semasa | mStar

Cubaan Samun Ahli Perniagaan, Polis Tahan Tiga Suspek

PETALING JAYA: Tiga lelaki yang melarikan diri selepas cuba menyamun ahli perniagaan bergelar 'Datuk' di hadapan sebuah kolej di Subang Jaya dekat sini petang semalam, ditahan polis malam Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Tan Ah Chua berkata suspek yang berusia antara 35 dan 52 tahun itu ditahan di sekitar kawasan kolej tersebut kira-kira 9 malam.

Tiga lelaki itu merupakan perancang yang berkomplot dengan dua lelaki lain, yang ditahan selepas ditembak pengawal peribadi ahli pernigaan barangan lusuh berkenaan.

"Hasil siasatan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan kami masih menunggu tempoh reman ke atas mereka," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, Selasa.

Beliau berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan cedera ketika melakukan samun.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang semalam, ahli perniagaan berusia 48 tahun itu yang diiringi seorang pengawal peribadinya, ke tempat berkenaan bagi urusan jual beli barangan lusuh dengan dua suspek yang menaiki sebuah lori.

Dua suspek terbabit menyamar sebagai penjual barangan lusuh yang kononnya mahu menjual barang milik mereka kepada ahli perniagaan itu.

Ketika ahli perniagaan dan pengawal peribadinya berbincang di tepi jalan, dua daripada tiga suspek lain yang tiba dengan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback hitam meluru keluar menyerang pengawal peribadi itu dengan parang dan kapak, menyebabkannya cedera di lengan kiri dan peha kanan.

Pengawal itu yang memiliki pistol, kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah empat suspek berkenaan menyebabkan dua cedera, manakala dua lagi melarikan diri bersama suspek yang menaiki kereta tersebut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Beranak Disamun, Kerugian RM47,000

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain