Laporan Pertama Semakan Sistem Pendidikan Negara Siap Akhir Tahun - Muhyiddin - Semasa | mStar

Laporan Pertama Semakan Sistem Pendidikan Negara Siap Akhir Tahun - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Laporan pertama mengenai proses semakan ke atas sistem pendidikan negara sedia ada dijangka siap menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata laporan itu akan diserahkan kepada Kabinet yang akan mengkaji dan menubuhkan pasukan khas untuk meneliti keseluruhan proses itu, termasuk pelaksanaan dasar-dasar pendidikan negara.

"Kita akan kaji apa yang telah kita lakukan selama ini daripada segi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan kita dan apa yang perlu dilakukan untuk 10 atau 20 tahun akan datang. Tetapi ini akan mengambil masa," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Ke-23 dan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa MSC Malaysia ke-14 di sini, Khamis.

Kedua-dua mesyuarat itu dipengerusikan oelh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pendidikan adalah antara bidang yang diberikan tumpuan di bawah Program Transformasi Digital atau lebih dikenali sebagai Digital Malaysia, yang akan diterajui Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Antara inisiatif Digital Malaysia ialah menyuntik lebih banyak kreativiti dan menggalakkan kemahiran berfikir pada keseluruhan sistem pendidikan.

Ditanya mengenai insentif bagi penukaran syarikat kepada e-perdagangan, yang merupakan antara inisiatif di bawah Digital Malaysia, Muhyiddin berkata beberapa inisiatif sedang dilaksanakan terutamanya di kalangan perusahaan kecil dan sederhana.

"Sebenarnya tidak ada insentif spesifik pada ketika ini selain daripada sokongan daripada segi memudahkan akses kepada pembiayaan dan pinjaman untuk memulakan perniagaan menerusi SME Bank dan SME Corporation Malaysia untuk mempermudahkan proses itu," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain