suria

Kami Sedia Bantu Syarikat Terjejas Akibat Banjir Di Thailand: MITI

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, ia bersedia untuk membantu syarikat yang operasinya terjejas akibat banjir di Thailand.

Timbalan Menteri Datuk Mukhriz Mahathir berkata Malaysia mempunyai keupayaan dan kemudahan mencukupi untuk membantu firma-firma tersebut sekiranya terdapat keperluan.

"Mereka mungkin menimbang Malaysia sebagai sumber alternatif bagi bahagian-bahagian dan komponen. Bagaimanapun, kitu perlu berhati-hati kerana kita tidak mahu dilihat sebagai mengambil kesempatan ke atas penderitaan orang lain.

"Saya jangka ini menjadi langkah sementara sebelum situasi kembali pulih," katanya kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Usahawan Muda APEC, di sini Selasa.

Beliau berkata kementeriannya masih belum menerima sebarang pertanyaan bagi bantuan daripada rakan sejawatnya di Thailand. Banjir besar di Thailand itu juga menjejaskan 10 syarikat Malaysia yang beroperasi di taman perindustrian Ban Wa, Rojana dan Navanakorn. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain