suria

Pemansuhan Akta Buang Negeri Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Rabu sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 tanpa sebarang pindaan.

Pemansuhan Rang Undang-Undang itu dibahaskan dan diluluskan dalam tempoh dua jam.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul Rang Undang-Undang itu untuk bacaan kali pertama.

Beliau berkata, akta itu patut dimansuhkan kerana sudah tidak relevan untuk diguna-pakai pada ketika ini.

Usul untuk memansuhkan akta tersebut merupakan sebahagian daripada proses transformasi politik yang diumumkan beliau pada 15 September lalu.

Artikel Lain