PM Bentang Pemansuhan Undang-Undang Buang Negeri & Kediaman Terhad - Semasa | mStar

PM Bentang Pemansuhan Undang-Undang Buang Negeri & Kediaman Terhad

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Dewan Rakyat bermula tepat 10 pagi hari ini dengan sesi soal jawab, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri hadir untuk menjawab soalan.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, empat soalan dijangka dijawab Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Antaranya soalan yang dikemukakan oleh Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) mengenai langkah dan strategi terkini yang telah diambil oleh kerajaan untuk menyatu-padukan rakyat di negara ini.

Turut tersenarai soalan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berupaya mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasanya yang sedia ada di bawah undang-undang dan peraturan pilihan raya bagi memperbaiki sendiri kelemahan yang dibangkitkan dalam tuntutan Bersih 2.0 tanpa perlu menunggu cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pula meminta penjelasan mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mengukuhkan Malaysia ekoran kemerosotan ekonomi dunia.

Selain menjawab soalan lisan, Perdana Menteri juga dijadual membentangkan Rang Undang-Undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 untuk bacaan kali pertama.

Dalam pada itu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dimaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 yang turut disenaraikan untuk bacaan kali pertama hari ini, ditarik balik.

Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang sebab rang undang-undang itu ditarik balik. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain