suria

Dua Maut Dalam Kemalangan Di Pahang

KUANTAN: Dua maut dalam kemalangan jalan raya berasingan yang berselang kira-kira sejam 45 minit, di sekitar negeri ini malam Khamis.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abd Rahim berkata kejadian pertama berlaku kira-kira 7 petang membabitkan pertembungan dua kereta di Km 25 Jalan Pekan-Nenasi.

Mohd Nudi Ibrahim, 26, terbunuh apabila kereta yang dinaikinya bersama dua lagi rakan terbabas dan bertembung dengan sebuah kereta lain, katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat. Seorang rakan Mohd Nudi yang merupakan penumpang belakang cedera parah, manakala yang duduk di di hadapan dan pemandu sebuah lagi kereta cedera ringan.

Mohamed Fauzi berkata kejadian kedua berlaku 8.45 malam di Km 148.2 Jalan Kuantan-Johor Baharu, membabitkan penunggang motosikal yang merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Khairulizwan Zakaria, 22, yang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Johor Baharu tercampak ke laluan bertentangan selepas merempuh kenderaan tersebut sebelum dilanggar sebuah kereta.

Mangsa maut di tempat kejadian, kata Mohamed Fauzi. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Individu, Satu Persamaan

Artikel Berikut

Artikel Lain