suria

Operasi Empire Shopping Gallery Dihentikan Sementara

KUALA LUMPUR: Pusat membeli-belah Empire Shopping Gallery di Subang Jaya dekat sini yang digegarkan dengan letupan awal pagi semalam, ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

Pengurus Besar kompleks itu, May Woo, berkata penutupan tersebut dibuat atas nasihat Jabatan Bomba dan Penyelamat demi keselamatan orang ramai. "Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira semua faktor dan nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Khamis.

Woo berkata, kawalan keselamatan di kawasan premis juga dipertingkatkan dan mereka yang terjejas daripada tindakan itu boleh hubungi talian hotline 018-7012880 bagi maklumat lanjut.

Orang ramai boleh dapatkan perkembangan terkini menerusi laman web www.esg.com.my, atau laman Facebook di www.facebook/esg.com.my, atau Twitter di Empire SHGallery.com.

Letupan kuat yang berlaku kira-kira 3 pagi itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di salah sebuah premis di tingkat bawah kompleks berkenaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain