Suspek Samun Ditembak Pegawai Polis - Semasa | mStar

Suspek Samun Ditembak Pegawai Polis

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis menembak mati seorang pemuda yang cuba menyamunnya bersama-sama lima lelaki lain di hadapan rumahnya di Lorong Burhanuddin Helmi 6, Taman Tun Dr Ismail di sini, malam Selasa.

Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kejadian berlaku kira-kira 9.45 malam ketika pegawai polis berpangkat Superitendan dari Bukit Aman itu baru pulang dari makan malam sebelum beliau diserang.

"Mangsa ketika itu baru turun dari keretanya sebelum diserang enam lelaki besenjatakan parang. Mangsa kemudian melarikan diri sambil mencampak barang berharga yang kemudiannya dikutip suspek. "Helah mangsa menjadi, lalu mangsa mengeluarkan senjatanya dan melepaskan tiga das tembakan dan mengenai badan seorang suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Ku berkata suspek rebah dan mati di tempat kejadian dan rakannya yang terkejut terus melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan berdekatan dengan rumah mangsa.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati suspek yang mati berumur 19 tahun dan berasal dari Batu Caves, Selangor.

Mayatnya dihantar ke hospital berdekatan untuk bedah siasat, katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada rakan suspek yang turut cedera dalam kejadian itu.

Siasatan polis turut menemui parang yang digunakan suspek lain kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan keterangannya telah diambil. Baki lima lagi suspek sedang diburu dan kita percaya masih berada di sekitar Lembah Klang," kata Ku. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiga Lelaki Mengaku Salah Rompak Pembantu SPA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.