suria

Malaysia Ucap Takziah Kepada India, Nepal Yang Dilanda Gempa Bumi

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mengutuskan ucapan takziah kepada kerajaan India dan Nepal serta rakyat dua negara itu berikutan kejadian gempa bumi Ahad lalu.

"Kami amat bersimpati dengan keluarga yang kehilangan orang tersayang dan kediaman akibat tragedi itu," kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, Malaysia dan rakyatnya mendoakan mereka yang kehilangan nyawa dalam tragedi itu bersemadi dengan aman.

Katanya, walaupun tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam tragedi itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Kedutaan Malaysia di Kathmandu tetap memantau keadaan dengan teliti.

Setakat ini, gempa bumi itu yang berlaku pada kira-kira pukul 6.10 petang 60km di barat Sikkim, Gangtok berhampiran sempadan Nepal dan India pada kedalaman kira-kira 19.7km, meragut kira-kira 98 nyawa dan mencederakan ramai penduduk. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain