Liwat II: Pakar DNA Nafi Mahu Kelirukan Mahkamah - Semasa | mStar

Liwat II: Pakar DNA Nafi Mahu Kelirukan Mahkamah

KUALA LUMPUR: Pakar asid deoksiribonukleik (DNA) Dr Brian Leslie McDonald pada Khamis, menafikan bahawa beliau mempunyai niat mahu mengelirukan Mahkamah Tinggi di sini semasa memberikan keterangan berhubung kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

McDonald, 60, yang berasal dari Sydney, Australia sebaliknya berkata, perkara itu berlaku kerana beliau telah tersilap dalam membaca laporan yang disediakan oleh Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong yang terlibat secara langsung dalam kes berkenaan.

Berdasarkan pemahaman McDonald, beliau beranggapan Seah telah melakukan ujian Acid Phosphatase (AP) ke atas sampel yang diperoleh daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan, sedangkan ujian bagi mengenal pasti jumlah air mani pada sesuatu sampel itu tidak pernah dilakukan.

Semasa disoal peguam Ram Karpal Singh, McDonald berkata: "Saya tidak berniat mahu mengelirukan mahkamah. Keterangan saya adalah jika ujian AP dilakukan, ia boleh dibandingkan dengan penemuan ujian-ujian terdahulu."

McDonald juga menafikan bahawa perkara itu melibatkan isu kejujuran dirinya, tetapi lebih kepada kesilapan membaca keterangan yang diberikan oleh Seah.

Pada prosiding sama, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 29 September ini untuk mendengar permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan sepina yang mengkhendaki mereka untuk menjadi saksi kepada Anwar.

Permohonan tersebut difailkan pada Rabu, menerusi peguam-peguam Datuk Salehuddin Saidin, Hisyam Teh Poh Teik, M. Athimulan dan Datuk Ghazi Ishak dengan menamakan Anwar dan pihak pendakwaan sebagai responden.

Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 8 Ogos lalu, dibenarkan untuk menyoal Najib dan Rosmah dan pada 12 Ogos lalu, kedua-dua mereka hadir ke mahkamah tetapi enggan ditemubual berhubung kes liwat tersebut.

Sementara itu, peguam Sankara Nair yang mewakili Anwar memberitahu media bahawa, pihaknya akan memanggil dua lagi saksi termasuk seorang pakar ortopedik, Dr Thomas Hoogland yang mempunyai sebuah klinik di Munich, Jerman.

Difahamkan, Dr Thomas yang dijadualkan hadir pada 6 Oktober depan juga merupakan doktor yang bertanggungjawab merawat sakit tulang belakang yang dialami Anwar sebelum ini.

Selain itu, pihak pembelaan juga akan memanggil Pengarah Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon sebagai saksi mereka.

Dalam kes ini, Anwar, 64, sedang membela diri atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, yang merupakan bekas pembantu peribadinya pada antara pukul 3.10 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium Desa Damansara, di sini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain