suria

Jakeman Terkena Gotcha PM

Najib ditemubual oleh penyampai radio MIX fm, JD dan Dilly di Pusat Penyiran ASTRO. - fotoBERNAMA
Najib ditemubual oleh penyampai radio MIX fm, JD dan Dilly di Pusat Penyiran ASTRO. - fotoBERNAMA
Najib ditemubual oleh penyampai radio MIX fm, JD dan Dilly di Pusat Penyiran ASTRO. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menghubungi Pengurus Besar Rancangan AMP Radio Networks, Yaacob Bakhtiar Abdullah atau lebih dikenali sebagai Jakeman untuk segmen 'Gotcha' dalam rancangan radio Bahasa Inggeris Hitz.fm Morning Crew.

Dalam perbualan itu, Najib bertanya sama ada anaknya, Nor Ashman boleh diberi peluang menjadi seorang DJ dan muncul dalam rancangan 'Club Hitz'.

Awalnya, Jakeman tidak percaya apabila Pengurus AMP Radio Networks, Mohamad Raqeem Brian memberitahunya bahawa Perdana Menteri sedang dalam talian.

Namun, sebaik saja Najib bersuara, Jakeman mengecam suara tersebut tetapi masih mahupun kepastian.

"Segalanya ibarat mimpi bagi saya. Betul ke ini Datuk Seri," katanya.

Najib berkata, ya dan terus bertanya kepada Jakeman mengenai permintaan anaknya.

"Saya berbual dengan anda bukan sebagai PM tetapi sebagai seorang bapa. Jika anda memberinya peluang, anda tidak akan menyesal. Dia begitu bagus," katanya.

Menyedari permintaan itu bukan satu gurauan, Jakeman bersetuju untuk menguji bakat Ashman sebelum Najib menyerahkan semula panggilan kepada penyampai.

Terdahulu, Najib bertarung dengan pendengar Mix. FM, Yang Poh Ling dalam rancangan Battle of the Sexes sebaik saja beliau ke udara bersama penyampai JD dan Dilly.

Najib memenangi RM150 selepas menjawab 'The Go-Go' dengan betul apabila ditanya penyanyi era 80-an Belinda Carlisle mewakili kumpulan apa manakala Yang gagal menjawab dua soalan berkaitan bola dan kereta.

Bagaimanapun, Najib menyerahkan wang itu kepada Yang kerana menyertai rancangan itu.

Najib berkata beliau begitu gementar ketika muncul ke udara pada pagi Selasa.

"Saya tidak mudah berasa gementar," katanya yang turut ditemubual oleh penyampai Era FM, Aznil Nawawi, Ray dan Haniff.

Beliau turut berkongsi minatnya terhadap bola sepak, muzik dan media sosial sepanjang rancangan itu.

Tambahnya, beliau akan dikejutkan dari tidur pada setiap subuh oleh penggera iPhone yang dikunci dengan lagu Karma Chameleon nyanyian kumpulan Culture Club yang popular pada 1980.

Artikel Lain