suria

Tiga Rumah Kedai Hangus Terbakar Di Mambau

SEREMBAN: Tiga buah rumah kedai sederet hangus dalam satu kebakaran di pekan Mambau dekat sini pagi rabu, yang melibatan kerugian kira-kira RM500,000, menurut Pegawai Operasi Bomba negeri Ahmad Nizam Sapaiee.

Beliau berkata kebakaran itu melibatkan tiga buah rumah kedai di mana dua daripanya musnah sama sekali manakala sebuah lagi hangus 70 peratus.

Menurutnya tujuh buah jentera bomba termasuk dua lori tangki air dari Seremban, Seremban 2, Senawang dan Teluk Kemang dengan 40 anggota berjaya memadamkan kebakaran itu sepenuhnya pada kira-kira pukul 7.25 pagi.

Bomba menghadapi kesukaran dalam memadamkan api berikutan tekanan air rendah, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran masih disiasat, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain