suria

KLIA Di Tempat Keempat Dalam Undian SmartTravelAsia.com

KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpilih di tempat keempat dalam kategori 10 Teratas Lapangan Terbang Seluruh Dunia Terbaik SmartTravelAsia.com 2011 dalam undian pengembaraan, naik setakuk daripada tahun lepas.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad berkata syarikat memberikan penekanan utama kepada meningkatkan secara berterusan kepuasan penumpang di lapangan terbangnya, khususnya KLIA, menerusi peningkatan perkhidmatan dan kemudahan.

"Apa yang membuatkannya lebih bermakna ialah responden dari Asia menguasai lebih 50 peratus daripada jumlah responden, yang sekali gus menunjukkan kehadiran kukuh KLIA dalam sektor ini dan seterusnya memberi cabaran kepada lapangan terbang popular yang lain di Asia," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Smart Travel Asia, satu-satunya majalah pengembaraan di rantau ini dan mempunyai lebih satu juta pembaca seluruh dunia. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain