suria

Trafik Bergerak Perlahan Di Beberapa Kawasan Di Lebuhraya Utara-Selatan

KUALA LUMPUR: Trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dalam kesibukan orang ramai mula berkunjung ke rumah sanak saudara serta rakan pada sambutan hari kedua Aidilfitri.

Jurucakap Plus, ketika dihubungi Bernama berkata jalan dari arah selatan, iaitu Nilai menghala ke Seremban bergerak perlahan di antara 20km hingga 30km sejam.

"Begitu juga dengan laluan masuk ke tol Simpang Ampat, Melaka dan tol Pagoh di Johor kenderaan turut bergerak perlahan," katanya.

Jurucakap itu berkata jalan dari arah Utara iaitu Slim River menghala ke Sungkai dan dari tol Juru ke Jambatan Pulau Pinang turut bergerak perlahan iaitu di antara 20km hingga 30km sejam.

Sementara itu, Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Cawangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan (DSP) Ng Sook Long berkata trafik di semua jalan di ibu kota bergerak lancar Rabu. - BERNAMA

Artikel Lain