Tiada Cadangan Larang Kenderaan Lama Guna Jalan Raya - Cho Ha - Semasa | mStar

Tiada Cadangan Larang Kenderaan Lama Guna Jalan Raya - Cho Ha

LUMUT: Kerajaan belum bercadang untuk melarang kenderaan yang berumur melebihi 25 tahun daripada berada di atas jalan raya sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata peraturan dan undang-undang sedia ada akan terus digunakan dan tiada peruntukan bagi melarang kenderaan yang telah berusia untuk beroperasi di atas jalan raya.

"Bagaimanapun semua kenderaan terutamanya kenderaan perdagangan perlu menjalani pemeriksaan Puspakom dan disahkan pihak berkenaan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan di atas jalan raya.

"Adalah tidak adil bagi pemilik kenderaan lama dilarang berada di atas jalan raya sedangkan ianya berada dalam keadaan baik dan boleh berfungsi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini, Sabtu.

Kong yang juga Anggota Parlimen Lumut menyerahkan cek wang berkenaan kepada 152 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dan kolej.

Mengenai operasi bersepadu musim perayaan Aidilfitri, Kong berkata semua pengguna jalan raya diminta mematuhi semua peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan.

"Pihak berkuasa khasnya anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan kepada mereka yang cuba menjadi 'samseng' ketika berada di atas jalan raya.

"Mereka (samseng jalan raya) bakal dikenakan tindakan tegas. Jangan cuba merasuah anggota JPJ atau berdepan dengan tindakan diheret ke mahkamah," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Minggu Yang 'Kering' Selepas Raya

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain