suria

Timbalan Pengarah Veterinar Perak Ditemui Mati Di Rumah

Dr Rohani Kassim ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Tambun di sini, awal pagi tadi. Jenazah allahyarhamah dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai. -fotoBERNAMA

IPOH: Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kassim, 38, ditemui mati di rumahnya di Tambun pagi ini yang disifatkan oleh polis sebagai mempunyai unsur jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, mayat wanita itu ditemui pada 3 pagi tadi dan dimaklumkan kepada polis oleh pengawal keselamatan di kawasan perumahan eksklusif itu.

Rohani, yang masih bujang, dipercayai tinggal bersendirian di rumah itu.

Dzuraidi berkata polis masih menunggu laporan bedah dari Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mengetahui punca kematian.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exco kerajaan negeri, Datuk Mah Hang Soon, menziarahi keluarga Rohani di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 11.30 pagi tadi bagi mengucapkan takziah kepada keluarga Rohani.

Zambry juga menyampaikan sumbangan kerajaan kepada keluarga Allahyarham. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain